Tulis Resume Yang Menarik Perhatian Majikan




Resume yang menarik perhatian majikan boleh jadi kunci untuk membuka pintu ke peluang pekerjaan impian. 


Berikut adalah panduan lengkap untuk pastikan resume anda tidak tenggelam dalam timbunan permohonan pencari kerja yang lain:


1. Gunakan Format Profesional & Kemas

👉 Tips:

Gunakan font yang mudah dibaca seperti Arial atau Calibri (saiz 10–12).

Bahagikan kandungan kepada bahagian yang jelas: Maklumat Peribadi, Objektif Kerjaya, Pengalaman, Kemahiran & Pendidikan.


2. Mulakan dengan Objektif Kerjaya

👉 Tips:

Tulis objektif kerjaya yang padat & berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Contoh: “Seorang individu yang berdedikasi dengan pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan, mencari peluang untuk menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam jawatan Pengurus Khidmat Pelanggan.”


3. Sesuaikan Resume Mengikut Jawatan yang Anda Mohon

👉 Tips:

Baca deskripsi kerja dengan teliti & masukkan kata kunci yang relevan ke dalam resume.

Contoh: Jika jawatan memerlukan kemahiran komunikasi, nyatakan contoh bagaimana anda menggunakan kemahiran ini dalam pekerjaan sebelum ini.


4. Fokus kepada Pencapaian, Bukan Sekadar Tugas

👉 Tips:

Nyatakan pencapaian anda dengan jelas & gunakan data atau angka jika boleh.

Contoh: “Berjaya meningkatkan jualan sebanyak 20% dalam tempoh 6 bulan melalui strategi pemasaran kreatif.”


5. Masukkan Kemahiran yang Relevan/berkaitan

👉 Tips:

Bahagikan kemahiran kepada dua kategori: Technical Skills (kemahiran teknikal) & Soft Skills (kemahiran insaniah).

Contoh:

Technical Skills: Microsoft Office, Canva, SQL

Soft Skills: Kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah


6. Sertakan Pengalaman Kerja yang Berkaitan

👉 Tips:

Susun pengalaman kerja bermula dari yang paling terkini (latest).

Gunakan format: Jawatan - Nama Syarikat - Tempoh Bekerja.

Nyatakan tanggungjawab utama & pencapaian anda di setiap tempat kerja.


7. Jangan Lupa Sertakan Aktiviti Tambahan & Sijil

👉 Tips:

Jika anda pernah menyertai aktiviti sukarelawan, program latihan atau menerima sijil tambahan, masukkan sahaja dalam resume.

Contoh: “Sijil Digital Marketing oleh Google (2023).”


8. Pastikan Resume Ringkas & Padat

👉 Tips:

Panjang resume yang ideal ialah 1–2 halaman.

Elakkan maklumat tidak relevan seperti status perkahwinan, agama atau gambar profil (kecuali diminta).





9. Semak Kesalahan Ejaan & Tatabahasa

👉 Tips:

Gunakan alat seperti Microsoft Word atau Grammarly untuk memastikan tiada kesalahan bahasa. Minta sahaja rakan atau keluarga untuk semak resume anda sebelum dihantar.


10. Sertakan 'Cover Letter' (Jika Diperlukan)

👉 Tips:

Tulis 'cover letter' yang menarik & kaitkan pengalaman anda dengan keperluan syarikat. Gunakan nada profesional tetapi mesra.


Ingat! Resume anda adalah tiket pertama untuk menarik perhatian majikan. Pastikan ia profesional, jelas & relevan dengan jawatan yang anda mohon.


 

Catat Ulasan

Ulasan baru tidak dibenarkan.*

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال