Apa patut buat bila kita 'down'?

 



gambar hiasan


1. Kita down sebab ada sesuatu berlaku tidak seperti jangkaan kita.


2. Bermakna kita terlalu fokus pada apa kita mahu -- kita fokus internal.


3. Apabila saya down, saya cuba kurangkan fikir pasal diri sendiri. Cuba lebihkan fokus pada orang lain.


4. Contohnya, saya luangkan masa untuk bantu orang -- berbual, dengar dan bantu selesaikan masalah orang. Keluar dari rumah. Keluar dari tempat yang buat saya sekadar tengok dinding dan makin down. Keluar jumpa orang.


Atau, saya buat satu projek khas yang boleh bantu ramai orang.


Atau, saya hasilkan konten yang boleh bantu ramai orang. Tulis apa-apa yang patut untuk bagi manfaat kepada yang membaca.


5. Apabila kita down...


Lupakan apa yang kita tiada.

Ingat apa yang kita ada.


Dan apa kebaikan/manfaat kita boleh hasilkan dengan apa yang kita ada.


Make the world a better place.

Alhamdulillah. Kita pun akan FEEL BETTER.


---


Pandangan biasa:

Bila down, terus sambung fikir pasal diri sendiri. Meratap hiba keseorangan. Mengenang apa yang tiada. Makin lama makin down.


Ubah pandangan:

Bila down, fikir pasal orang lain. Fikir apa yang kita ada. Kongsi apa yang kita ada. Gembirakan orang lain. 


kredit:BRC.my


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال